Language Index

Perjanjian Baharu





Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelematkan mereka. Rum 3:23

Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Isa Almasih Tuan kita adalah anugerah Allah. Rum 6:23

Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Isa. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu. Efesus 2:8-9

Tetapi pemungkut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani mengadah ke langit. Dia menebah dada sambil berkata, 'Ya Allah, kasihanlah hamba, orang berdosa ini!' Lukas 18:13

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. Yahya 3:16-17

Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberi jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya. 1 Korintus 10:13

Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Almasih mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi -- tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Isa Almasih, Tuan kita! Rum 8:38-39

Almasih sudah memenuhi syarat-syarat Taurat. Oleh itu orang yang percaya kepada Almaseh dapat berbaik semula dengan Allah. Rum 10:4

Di dalam Taurat, Allah berfirman, "Pada masa yang diperkenankan, Aku sudah mendengarkan engkau, dan pada hari penyelamatan, Aku sudah menolong engkau." Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan! 2 Korintus 6:2

Apabila orang ramai mendengar hal itu, mereka sangat gelisah. Lalu mereka bertanya kepada Kefa dan rasul-rasul yang lain, "Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?" Kefa menjawab, "Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Isa Almasih, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah." Kesah Rasul-Rasul 2:37-38

Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci. Efesus 4:24


Rum

Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelematkan mereka. Rum 3:23

Seperti yang tertulis di dalam Taurat, "Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah," Rum 3:10

Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Isa Almasih Tuan kita adalah anugerah Allah. Rum 6:23

Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa orang itu membawa kematian. Akibatnya maut menjangkit segenap umat manusia, kerana semua orang berdosa. Rum 5:12

Semasa kita dalam keadaan tidak berdaya, Almasih dikorbankan pada masa yang ditetapkan oleh Allah untuk menyelamatkan kita, orang yang jahat. Rum 5:6

Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Almaseh dikorbankan bagi kita semasa kita masih berdosa! Rum 5:8

tetapi sebagai ilahi, Dia ternyata Anak Allah membangkitkan-Nya daripada kematian. Rum 1:4

Hal itu demikian, kerana kita tahu bahawa Almasih sudah dibangkitkan daripada kematian. Dia tidak akan mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi. Rum 6:9

Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa "Isa itu Tuan," dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Isa daripada kematian, kamu akan diselamatkan. Rum 10:9

Di dalam Taurat juga tertulis, "Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan." Rum 10:13

Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Almasih mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi -- tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Isa \Almasih, Tuan kita! Rum 8:38-39


Matius 6:9-13

Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati. Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini. Ampunlah kesalahan kami, seperti kami sudah mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika ducubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat. Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.



Jesus film




Language index